Friday, 2 January 2015

Kisah si penjual mata kail


Tengahari tadi, ketika kami sedang menikmati hidangan, ayah saya berkongsi 1 cerita yang sangat menarik dan bermotivasi..!

Kisahnya begini ;

Ada seorang boss memiliki bisnes menjual peralatan memancing. Beliau mempunyai seorang pekerja yg ditugaskan membuat sales bahagian mata kail..

Suatu hari,beliau bertanya kpd pekerjanya..

"Berapa orang kamu dapat jual hari ini?"

Pekerja itu menjawab; " Seorang, boss"

"Seorang je??" Dia mula hendak marah.

"Ya, tapi sales saya hari ni rm90 ribu.."

"Apa???" Terkejut bukan kepalang bos itu mendengarnya..

"Apa yang kamu jual sampai rm90 ribu? Takkan jual mata kail pun boleh mencecah sampai beribu?"

Boss itu benar2 kagum dan nak tahu apa rahsianya..

"Mula2 saya ceritakan mata kail mana yg terbaik, kemudian saya cakap apa yg dia perlukan utk dapat disesuaikan dgn mata kail itu , daripada alat memancingnya sehinggalah  sampai ke bot, semua saya cerita sehingga dia berkeputusan yg dia nak beli semua itu, dari mata kail sehingga ke bot, itu sahaja yg saya buat hari ni! "  Jawabnya.

Kagum tak terkata boss itu dengan kemahiran upsell pekerja itu..

Lalu beliau bertanya lagi;

"Macam mana kamu boleh buat sampai begitu sekali?"

"Asalnya dia datang bukan nak beli apa2 pun"

"Habis tu??"

"Dia datang tadi bagitau yg dia pening kepala.."

"Pening kepala??"

Boss mula pening dgn cerita pekerja ni, apa kaitannya pulak..hadoi..

"Ya, jadi saya katakan yg memancing ni bagus utk releasekan tension, so, dia mintak pendapat saya, disitulah saya mula berkongsi tentang ini.."
                                        .
                                        .
                                        .
                                        .
                                        ...

Tak semena2, Boss itu lalu bangun dari tempat duduknya menuju ke arah pekerjanya dan berkata;

"KAMU DAH BOLEH GANTI TEMPAT SAYA!!"
                                      
                                         _______________


Apa yg kita dapat dari kisah ini?

1) Niat untuk bantu menyelesaikan masalah orang lain.

2) Orang lebih berminat dgn perkongsian, bukan penjualan.

3) Berikan nasihat yang terbaik apabila orang meminta khidmat nasihat kita kerana niat kita utk membantu, bukan menjual.
Selebihnya terpulang utk mereka membuat keputusan.

Ayah saya menyambung lagi ;

"Salesman yg berjaya ialah salesman yang boleh menjual ais kepada org eskimo!"

Faham maksud ni??

Fikir2kanlah!!

Nak dapatkan supplement semulajadi disamping menjana pendapatan bulanan?

Sms,WhatsApp saya Ruqayyah
013 9808440

Saya doakan anda kaya dan berjaya!



Terima Kasih

© Kiosk Vitamin Ummulyusra | Template Designed By Blog Bingkisan Hati